Skip to main content

2012 Last Post ~Happy New Year Pals~

"Pengakhiran yang epik untuk 2012" saje nak tumpang statement by Aimi Liyana (my Mentor-Mentee member). Mana tak nya, tergamak En.Shah (Pegawai Sains lab kiteorg@Incharge Junior2 Medic) announce result Progress Test General Module 2 hari ni. Memang terkedu sekejap la. Ingatkan, lepas pukul 3 petang tadi, after lecture PHPM (Population Health....ntah ape yang P dengan M tu) nak terus balik, makan tengah hari, tapi kena stay sekejap, nak announce result. Macam2 ragam, ada yang gembira, frust, biasa2 and tak kurang yang terkejut...(WHAT?!) Overall, it doesn't really matter sebab we have another big upcoming exam bulan February ni. Itu la yang payahnye jadi student ni. Kita akan sentiasa menjadi competitive dan kadang2 disebabkan competition yang melampau, end up with STRESS. Mesti pernah punya terkeluar persoalan ni kat minda anda-anda , "Why we can't just learn, and not sit for any exam?" Jawapannya......NO! "Why?!" Sebabnya, mana lagi dieorang nak tengok tahap kefahaman dan pengetahuaan korang melainkan dengan exam. Dan, tersangatla tidak adil jika sesorang yang mempunyai tahap yang lebih tinggi, tak kisah la dari segi kemahiran atau pengetahuaan menjawat jawatan yang sama dengan seseorang yang mencapai tahap yang lebih rendah. Ni dalam konteks exam amali dan exam bertulis ye.....jangan salah anggap! Enough about this academic stuff...move on with new topic.

Aku sebenarnya tengah tunggu jugaklah countdown 2013, yang sememangnya tak boleh nak tengok kat TV or keluar Putrajaya macam Taufiq Hidayat (my bro) and his GANG. Aku tunggu la, mana2 tauke2 kat Sungai Buloh ni bermurah hati nak bakar mercun Tahun Baru tu kat area Sungai Buloh. Terubat la sikit kedukaan tak dapat tengok dekat TV (Is that necessary?...hahaha, forget it!). Yang pasti, esok aku bnagun dengan semangat seorang anak muda berumur 20 tahun yang akan mengembeleng tenaganya untuk tanah air tercinta (aceywah.....rase cam nak nyanyi lagu Warisan pulak).

Mission tahun baru, macam belum nampak bayangan lagi....tapi, adalah beberapa perkara yang aku nak sangat Cik Nurfarah Izzati ni buat. Antaranya :-
  • Kurangkanlah berbelanja tu Cik Akak oi.......awak belum lagi kerja, beli barang macam duit sendiri
  • Kurangkanlah membuang masa....bawak2 simpan la mulut murai tu
  • Tingkat produktivi kerja (APAKAH?) -Kerja lebih berkualiti laa..
  • Stay Fokus......
  • Selalu-selalu la gembirakan hati your Mum....Kesian dia ~.~
  • Reduce your hot tempered..........Aaaaaaaaaaa.....agak susah sikit ye
  • Hablu Minallah hablu minannas jaga (Hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia) 
i am not arrange it according to priority, of course yang last skali tu di UTAMAKAN.
 

Penat sudaah membentang mission2 aku ni. Harapnya buat la. Hope, anda2 semua pun ade mission masing2 untuk menjadikan tahun 2013 ni lebih baek dari 2012. Apalah gunanya Hidup, kalau masih selesa di Comfort Zone? Come on! Rebranding yourself.....It we'll cost you something, but the result is EXCELENTE!! (ala2 Spain gitu.....)


Comments

Popular posts from this blog

PENGUMUMAN!

"Semakan keputusan panggilan temu duga Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011 boleh dibuat mulai 15 April 2011, selepas jam 5.00 petang.    "   Kepada semua pemohon biasiswa MARA, sila alert entry ini. Log in MARA laman web, check lepas pukul 5 petang. Harap-harap kita semua berjaya. Insyaallah.  

Anugerah Bintang Popular 2010

....Baru habis je hari tu kan ??? Award semua dah dapat. Sekarang time nak critique pulak (sorry...aku memang suka mengkritik). CREDIT TO DATO' SITI       Award terbesar aku rasa kena bagi kat Dato' Siti yang sanggup menarik diri untuk beri jalan kepada artis-artis baru untuk tunjuk bakat. Bagi aku, itu tindakan yang sangat-sangat professional. Kalau Dato' tak tarik diri, alamatnya, tahun depan, dah tak ada orang nak tengok award tu dah, sebab dah tahu siapa pemenangnya. Cayalah Dato'! iLuvDato'Siti ZIZAN+KAK ENGKU+SYARIFAH SYAHIRA= L A W A K        Jom kita ulas pengacara pula. Malam itu, ada Kak Engku, Syarifah Syahira n Zizan yang terkejar-kejar mengacarakan award. Mula-mula aku nampak, agak kelang-kabut and merapu. Tapi, nbila dah samp[ai tengah-tengah, rasa macam best juga gandingan diaorang ni. Walaupun terpaksa overun last-last minute, sebab dah tak ikut schedule, diorang takl da la wat gelabah gila. Thumbs up to K.E, Syarifah Syahi...

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

   Pernah dengar tak pasal tempat ni? Kalau pernah dengar, good. Tapi, pernah pergi tak? Frankly speaking, aku tak pernah terfikir pun nak jejakkan kaki dekat bumi Hang Tuah ni. Semua ni berubah bila aku first time datang ke Kolej Matrikulasi Melaka. Berbekalkan result yang biasa-biasa dalam SPM, Alhamdulillah, kolej ni mahu terima aku jadi one of their student. Dalam hati, Tuhan je yg tahu, betapa aku ni tak nak pergi ke Melaka. Aku takut nak menghadapi situasi yang aku bakal duduk di kolej matrikulasi pertama di Malaysia. Ditubuhkan tahun 1999. Lama tak? Aku mula lah cari alasan, membanding-bandingkan MRSM aku dulu dengan kolej yg aku 'google' imejkan    Perjalanan yang dekat aku rasa jauh sangat. Psikologi orang yang tak nak pergi. Nak tak nak, result UPU buat aku pilih untuk teruskan matrix.  Bila dah sampai, MasyaAllah, gila banyak orang! boleh ke aku survive ni? Aku dah siapkan semua pendaftaran mengarut dan diberi kunci bilik. Dah sampai masa untuk teng...