Skip to main content

Life as Medical Student PART 3

1.55 am

First post in 2013 i guess. HAISY......smlm, memang tak terfikir langsung nak post sesuatu dekat sini, sebab, study group semalam habis lambat, and badan pun, penat-penat, so, aku decide, give some rest to my poor body. And i do feel energetic this morning...(Tipu!) Cukup-cukuplah pasal semalam ye, memang la cuti tapi, study kena consistent, tak boleh tinggal lama-lama sangat.

Okay..Menjadi kebiasaan Faculty Medicine universiti aku mengadakan Clinical Pathological Conference (CPC) setiap hari Rabu@8.00 am. Apakah kejadahnya CPC ni cik Paah oi? CPC ni adalah time, satu team (tak kisah la department apa2 pun etc. Psychology, Haematology) bentang satu kes, dan kes tu akan dibincang secara berjemaah oleh kebanyakkan lecturer dari pelbagai department dan ditonton oleh Med Student (nak join perbincangan pun boleh.....tapi selalunya student dengar je). Memang bermanfaat la slot macam ni, sebab, even aku yang First Year ni, boleh la sedikit sebanyak  bukak mata tentang real case happened in Malaysia dok? Ni tak, pakat ramai2 tanya Pak cik Google, tak pun, pergi rujuk buku Pathology Robbin besar gedabak tu, itupun kalau jumpe.
Aku harap muka aku macam ni time CPC...(LUPEKAN)


Today case, on my favourite department, tang taraaaa...... Obstetric & Gynaecology! Memang aku mendengar jelah apa yang presenter bentang, tapi, ada la term2 tak paham tu, skip sekejap, aku kan FIRST YEAR. Jangan harap la aku nak tau semua. Tapi, ada sedikit mengantukla dalam CPC tadi, almaklumlah, kelas hari ni, satu jam je, so semangatnya, bermalas-malasan la. End up CPC dengan rasa hampa sedikit sebab i'm not fully focused what the case all about..woooooo...

Don't worry, we help you!
Then, next session, best part of my life for TODAY, CLINICAL SKILL: WOUND CARE. Boleh translate ye maksud wound care tu, sebab dia bukan bahasa Greek atau Latin yang selalu digembar-gemburkan (apakah?) dalam medical term. Yesss! Semuanya pasal cara nak handle luka. Baru rasa cam doctor dok? Luka+ darah = doktor kan2??? Ni tak, buku je...hahaha. Buku pun buku la, janji doktor! Hidup Med Student !(tetibe semangat plak....) Okay, sebelum nak sibuk2 tengok macam mana nak dressing luka semua, mestilah kena mulakan dengan introduction dulu kan. Takkan terus pergi dressing, hebat gilerr ko. Tadi, introduction talk oleh Dr Yohan Khirussman, orthopedic surgeon and seriuously, he's SEMPOI ! Senak perut asyik nak senyum ketawa, senyum ketawa je aku, analogi dia untuk terangkan pasal wound ni macam-macam and the language use is very light (maknanya, takde la medical term kejadah yang terbelit lidah menyebut tu) and understandable. Satu pesan dia yang aku tak boleh lupa, kerja-kerja doktor yang kita buat ni, dianggap juga sebagai amal jariah, dan akan dipersoalkan dekat akhirat nanti, so, kalau kita treat orang sampai dia jadi lagi teruk ke, kesalahan tu akan terletak kat bahu kita. Rasa berat kan? Pentingnya untuk para Medical Student untuk realise yang tugas kita, untuk make it better, NOT WORSE IT!!!

So , aku terkesan jugak sepanjang-panjang hari ni. Tiba-tiba rasa semangat meluap-luap (hamboih..!) untuk meneruskan perjuangan in Medical School ni, untuk menjadi seorang doktor yang memberi sinar harapan kepada pesakit... (Woaaaaaaahhh....manyak feel ini budak). Alolo......sudah penat la malam ni. Pinggang pun dah sakit2 duduk dekat depan laptop, mata pun dah berat dah ni, tinggal nak tekan button publish lepas tu, berlayar ke alam mimpi. Okay la anda2. Samapi sini sahaja untuk hari ni, ada rezeki esok kite story morry lagi :-)

Comments

Popular posts from this blog

Coretan sulung.....

First of all, ni buat first time nyer, aku try nak bloggin' (caya tak?). Aku sebenarnya bukan tahu sangat bloggin' ni, cube-cube je sebab dah tak de sangat aktiviti relevan nak dibuat di rumah. Aku try nak buat diz blog as my own diary, nak every moment on my life being recorded. Takut-takut kalau aku sedih ketika gagal, aku boleh lihat yang aku pernah berjaya and sebagai peringatan waktu aku berjaya, aku pernah gagal satu masa dahulu. Penting untuk kita berkongsi sesuatu. Tak kirala, berkongsi dengan kawan, haiwan atau pun barangan. Kalau simpan sendiri, lama-lama stress and end up kat Tanjung Rambutan. Tak ke susah tu? At least, dengan adanya blog ni, aku boleh berkongsi apa-apa sahaja yang terbuku di hati tak terluah di kata. Enjoy reading!

TGI's Friday!

 Pasar Malam.  Who's in Who's out American Idol Hari terakhir persekolahan untuk seminggu Balik awal dari sekolah Friday nite! Day before Sabtu Sembahyang Jumaat Maharaja Lawak...:) Lot of Muvie... Tido lambat

How to pronounce it?? Wisegal

    Serious. Movie ni baru je aku terfikir nak tengok sampai habis hari ni. Selalunya, sekerat jalan je. Aku tengok movie ni kat Diva (so, sape2 ade Astro tune to Ch 702). Mula-mula, aku ingatkan cerita ni biasa-biasa je. Sekali, bila dah tengok, aku melekat la dalam 2 jam kat depan TV. Plot dan jalan cerita menarik. Agak rumit untuk difahami oleh bukan kaki-kaki Godfather tapi senang difahami oleh kaki-kai Godfather macam aku. Wisegal     Movie ni  tentang penceritaan oleh seorang lelaki mengenai Mama dia yang merupakan watak utama . Watak utama, Patty Montanari (Alyssa Milano), baru kematian suami yang merupakan anggota polis. Patty ni pula tak ada kerja nak sara 2 orang anak lelaki dia dan seorang mak. Dia ni pula jenis awek keras sikit. Semua nak berdikari. Tak mau harap duit kasihan. So, dia terima la kerja jual rokok secara haram. Dalam masa yang sama, ketua Mafia kat kawasan dia, Frankie Russo (hensem...AUWW!), suka kat dia. Tapi, si Frank...