Tadi pergi minta kerja dekat sebuah tempat ni, tapi tak dapat. Aku frust gila. Bukan sebab dia tak bagi aku kerja (aku pun tak ingin). Ni sebab dia letak iklan sikit punya besar dekat depan kedai dia. Iklan pasal vacancy. Tapi, bila minta kata tak ada.Tak ke menyusahkan orang. Kalau tak ada cakap jelah tak ada. Bawa turun banner tu. Tak ada aku nak susah-susah turun dari kereta, masuk kedai dan maki-maki tauke tu (dalam hati). Kan dah banyak dosa aku. Habis masa aku je. Lepas ni, kalau aku nak cari kerja, aku tak percaya dah dekat iklan-iklan karut ni.
First of all, ni buat first time nyer, aku try nak bloggin' (caya tak?). Aku sebenarnya bukan tahu sangat bloggin' ni, cube-cube je sebab dah tak de sangat aktiviti relevan nak dibuat di rumah. Aku try nak buat diz blog as my own diary, nak every moment on my life being recorded. Takut-takut kalau aku sedih ketika gagal, aku boleh lihat yang aku pernah berjaya and sebagai peringatan waktu aku berjaya, aku pernah gagal satu masa dahulu. Penting untuk kita berkongsi sesuatu. Tak kirala, berkongsi dengan kawan, haiwan atau pun barangan. Kalau simpan sendiri, lama-lama stress and end up kat Tanjung Rambutan. Tak ke susah tu? At least, dengan adanya blog ni, aku boleh berkongsi apa-apa sahaja yang terbuku di hati tak terluah di kata. Enjoy reading!
Comments
Post a Comment