Skip to main content

How to pronounce it?? Wisegal

    Serious. Movie ni baru je aku terfikir nak tengok sampai habis hari ni. Selalunya, sekerat jalan je. Aku tengok movie ni kat Diva (so, sape2 ade Astro tune to Ch 702). Mula-mula, aku ingatkan cerita ni biasa-biasa je. Sekali, bila dah tengok, aku melekat la dalam 2 jam kat depan TV. Plot dan jalan cerita menarik. Agak rumit untuk difahami oleh bukan kaki-kaki Godfather tapi senang difahami oleh kaki-kai Godfather macam aku.


Wisegal
    Movie ni  tentang penceritaan oleh seorang lelaki mengenai Mama dia yang merupakan watak utama . Watak utama, Patty Montanari (Alyssa Milano), baru kematian suami yang merupakan anggota polis. Patty ni pula tak ada kerja nak sara 2 orang anak lelaki dia dan seorang mak. Dia ni pula jenis awek keras sikit. Semua nak berdikari. Tak mau harap duit kasihan. So, dia terima la kerja jual rokok secara haram. Dalam masa yang sama, ketua Mafia kat kawasan dia, Frankie Russo (hensem...AUWW!), suka kat dia. Tapi, si Frankie ni pula, ada lagi bos yang atas yang dia terikat iaitu Salvio Palmeri. Palmeri tu seriously, kejam, jahat, semua elemen mafia ada kat dia. Bila Patty ni dah suka kat Frankie, dia mula la terjebak dengan kegiatan-kegiatan mafia. Macam-macam la dia buat. Amaran yang keras telah diberikan oleh kawan dia yang merupakan seorang FBI, Wilson. Tapi, tak mau dengar. Degil. Last-last, dia kena berhadapan sendiri dengan Palmeri untuk minta keluar dari geng mafia tu. Dia nak besarkan kidz dia dalam suasana yang baik. Tap, paham-paham la, once you're a mafia, you're alway be a mafia. So, she struggle la dengan si paranoid Palmeri. Kalau korang nak tahu ending dia, better watch it sebab lagi seronok bila tengok sendiri. Lagi paham.

  Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah, moral yang aku dapat daripada filem ni. Keberanian untuk berkata TIDAK yang sememangnya kurang dalam diri aku. Berani ke korang nak kata TIDAK? Susah sebenarnya nak kata TIDAK. Tapi keberaniaan Patty ni beri aku satu semangat baru untuk berkata TIDAK kepada apa jenis ancaman negatif. JUST SAY NO!

  Tadi aku baru je suruh Google Translate sebut Wisegal ni. Rupa-rupa, bunyinya macam Wise Girl. Aku pi sebut Wi-Se-Gal, dah macam bunyi Jawa pun ada. Cuba korang sebut macam aku sebut???

Comments

Popular posts from this blog

Coretan sulung.....

First of all, ni buat first time nyer, aku try nak bloggin' (caya tak?). Aku sebenarnya bukan tahu sangat bloggin' ni, cube-cube je sebab dah tak de sangat aktiviti relevan nak dibuat di rumah. Aku try nak buat diz blog as my own diary, nak every moment on my life being recorded. Takut-takut kalau aku sedih ketika gagal, aku boleh lihat yang aku pernah berjaya and sebagai peringatan waktu aku berjaya, aku pernah gagal satu masa dahulu. Penting untuk kita berkongsi sesuatu. Tak kirala, berkongsi dengan kawan, haiwan atau pun barangan. Kalau simpan sendiri, lama-lama stress and end up kat Tanjung Rambutan. Tak ke susah tu? At least, dengan adanya blog ni, aku boleh berkongsi apa-apa sahaja yang terbuku di hati tak terluah di kata. Enjoy reading!

TGI's Friday!

 Pasar Malam.  Who's in Who's out American Idol Hari terakhir persekolahan untuk seminggu Balik awal dari sekolah Friday nite! Day before Sabtu Sembahyang Jumaat Maharaja Lawak...:) Lot of Muvie... Tido lambat